Advanced Commentary

Teks -- Ulangan 7:1-14 (AVB)

Konteks
Umat pilihan Allah
7:1 Apabila TUHAN , Allahmu , membawa kamu ke negeri yang akan kaumasuki serta duduki , Dia akan mengusir banyak bangsa dari hadapanmu , iaitu orang Het , orang Girgasi , orang Amori , orang Kanaan , orang Feris , orang Hewi , dan orang Yebus iaitu tujuh jenis bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada kamu. [ ] 7:2 Pada masa TUHAN , Allahmu , menyerahkan mereka kepadamu sehingga mereka kamu kalahkan , hendaklah kamu menumpaskan mereka sama sekali . Jangan ikat perjanjian dengan mereka dan jangan kasihani mereka. [ ] 7:3 Jangan saling berkahwin dengan mereka. Jangan berikan anak perempuanmu kepada anak lelaki mereka, dan jangan ambil anak perempuan mereka untuk menjadi isteri kepada anak lelakimu , [ ] 7:4 kerana mereka akan membuat anak lelakimu menyimpang , tidak lagi mengikuti Aku, dan kemudian beribadat kepada tuhan-tuhan lain . Jika demikian halnya, maka murka TUHAN akan menyala atas kamu dan Dia akan membinasakan kamu dengan segera . [ ] 7:5 Sebaliknya, hendaklah kamu melakukan begini terhadap mereka : robohkanlah segala mazbah tempat pembakaran korban mereka, hancurkanlah segala tiang berhala mereka, tebanglah patung berhala Asyera mereka, dan bakarlah habis patung-patung ukiran mereka, [ ] 7:6 kerana kamu umat yang suci bagi TUHAN , Allahmu . Kamu telah dipilih oleh TUHAN , Allahmu , untuk menjadi umat kesayangan-Nya daripada semua bangsa yang ada di muka bumi . [ ] 7:7 TUHAN terpaut kepadamu dan memilih kamu bukan kerana jumlahmu lebih besar daripada segala bangsa – sesungguhnya kamulah bangsa yang terkecil – [ ] 7:8 melainkan kerana TUHAN mengasihi kamu dan berpegang teguh pada sumpah yang diikrarkan-Nya kepada nenek moyangmu . Itulah sebabnya TUHAN membawa kamu keluar dengan tangan yang kuat dan membebaskan kamu daripada tempat perhambaan , daripada tangan Firaun , raja Mesir . [ ] 7:9 Oleh sebab itu ketahuilah bahawa TUHAN , Allahmu , Dia Allah , Allah yang setia , yang berpegang teguh pada perjanjian , dan menunjukkan rahmat-Nya terhadap orang yang mengasihi-Nya serta yang berpegang teguh pada perintah-perintah-Nya , sampai beribu-ribu keturunan . 7:10 Tetapi terhadap orang yang membenci-Nya , Dia mengadakan pembalasan dengan membinasakan orang itu. Dia tidak menunda-nunda untuk mengadakan pembalasan terhadap orang yang membenci-Nya . [ ] 7:11 Oleh sebab itu lakukanlah dengan setia segala perintah , kanun , dan peraturan yang kusampaikan kepadamu pada hari ini . [ ]
Berkat dijanjikan bagi umat yang taat
7:12 Jadi , apabila kamu mendengar dan mentaati segala peraturan itu serta melakukannya dengan bersungguh-sungguh, maka TUHAN , Allahmu , akan berpegang teguh pada perjanjian dan kasih-Nya yang abadi , yang telah Dia sumpah kepada nenek moyangmu . [ ] 7:13 Dia akan mengasihi kamu, memberkati kamu, dan meramaikan jumlahmu . Dia akan memberkati buah kandunganmu , hasil tanahmu , iaitu gandummu , anggurmu , dan minyakmu , juga anak lembumu serta kawanan dombamu di negeri yang telah Dia sumpah untuk memberikan kepada nenek moyangmu . [ ] 7:14 Kamu akan diberkati melebihi segala bangsa . Tidak akan ada seorang pun yang mandul dalam kalanganmu, baik lelaki mahupun perempuan, bahkan juga haiwan ternakanmu . [ ]

Perikop

TB
AVB

Kamus Alkitab

selebihnya

Pertanyaan-Pertanyaan

Ilustrasi Khotbah

Siaran Berita

Resources/Books

Analisa Topikal terhadap Alkitab (Elwell)

Belajar Sendiri Bahasa Yunani (Yoppi)

  • 1:51 και λεγει αυvτω, Έμην αvμην λεγω υμιν, .... Lalu kata Yesus kepadanya: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya ...." Di ...
Kembali ke Halaman Tafsiran/Catatan


TIP #23: Gunakan Studi Kamus dengan menggunakan indeks kata atau kotak pencarian. [SEMUA]
dibuat dalam 0.06 detik
dipersembahkan oleh YLSA